IBRAHzine v011
23 Julai 2008
24 Muka Surat
————————————-
** Assalamualaikum wr. wb. **

IBRAHzine v011
Kata pendekar dulu-dulu, “Bila keranda dibawa barulah bercucuran air mata.” Mereka merujuk kepada lawan mereka yang berani bertarung dengan mereka. Sedangkan IBRAHzine.com berpendapat tak perlu keranda, bawang pun boleh menyebabkan air mata bercucuran. Namun air mata impian kita pastinya air mata yang mengalir kerana mengingati Allah SWT.
Antara Kandungan IBRAHzine v011:
FADE Episod 8
Hari kedua Cikgu Fadil di SMARZI. Kali ini dia yang paling awal masuk ke kelas. Adakah dia datang awal, atau murid-murid yang lewat? Atau murid-muridnya tak nak masuk kelas kerana takut Bahasa Inggeris?
Jihad Akbar
Kali ini memaparkan srikandi Zainab al-Ghazali. Ketabahan tahap angkasa yang patut ditiru oleh semua yang bergelar muslim dan muslimah.
Ibtisam @ IBRAHzine
Sudah dua keluaran adik Citi tidak menjadi penghias muka depan majalah IBRAHzine. Adakah kemunculannya tidak diperlukan lagi? Nanti… dia muncul kembali tapi dalam bentuk komik. Di rumah sendiri, bukan lagi di tengah hutan atau air terjun.
Satu Rahsia
Rahsia kemunculan IBRAHzine dibongkar dalam keluaran ini. Request daripada saudara Meo. Namun tak bongkar semua. Kalau tak apa guna namanya satu rahsia?
Dan banyak lagi….
Muat turun sekarang di SINI!
















0 ResponsesLeave a comment ?