IBRAHzine v017

IBRAHzine v017

IBRAHzine v017
24 Oktober 2009
29 Muka Surat

————————————-

** Assalamualaikum wr. wb. **

IBRAHzine v017 kembali sebagai buah tangan terbaru daripada Zil-el-Saif dan rakan-rakannya. Edisi bulan Oktober ini meneruskan tradisi berdakwah melalui ‘karya halal’ dengan menggunakan Internet sebagai medium. Jom pakat download pastu baca pastu bagi adik baca pastu bagi opah baca pastu…..

Antara Kandungan IBRAHzine v017:

Kembali Episod 2
Hidup terpencil di desa yang jauh belum tentu sentiasa hening. Siapakah tamu misteri bernama Luminaire yang berpakaian dan berambut biru itu? Adakah kedatangan beliau bakal mengubah hidup si petani atau hanya mahu bermain dengan kenangan?

Jihad Akbar
Seorang mujahid agung yang memperhambakan seluruh hidupnya di jalan Allah menemui syahid bersama putera-puteranya. Warisan perjuangan beliau masih diwarisi sehingga kini. Adakah anda sudah terbayang siapakah beliau?

Tanah Serendah Sekebun Bunga c13
Jawab tiga soalan mudah sebelum anda membaca keseluruhan artikel dalam ruangan Belajar Bahasa Kelantan ini. Ya, anda mungkin pernah ke Kelantan tetapi mampukah anda menjawab soalan-soalan yang diberikan itu?

Kemarau Hati eps 2
Sambungan kisah Si Nurul Ain yang banyak bercakap dengan dirinya sendiri. Beliau menemui satu kemalangan kecil namun agak memalukan beliau. Apakah yang harus beliau lakukan? Sebuah karya kreatif dari Cahaya Anugerah.

Dan banyak lagi….

Muat turun sekarang di SINI!

IBRAHzine v008
15 April 2008
25 Muka Surat

————————————-

** Assalamualaikum wr. wb. **

IBRAHzine v008

IBRAHzine v008

Setiap ujian daripada Allah terimalah dengan redha. Ana dah upload IBRAhzinev008 beberapa hari lepas dan tak terfikir akan ada masalah. Namun mail daripada seorang sahabat tentang masalah download majalah ni menyebabkan ana terpaksa upload sekali lagi majalah IBRAHzine v008. AlhamdulilLah segala telah selesai dan majalah ni boleh dimuat turun sekarang.

Antara Kandungan IBRAHzine v008:

FADE Episod 5
Masih lagi tentang Cikgu Fadil. Waktu Zuhur dah tiba, lupakan dulu tentang masalah dalam kelas. Masa untuk mengadap Yang Maha Rahman.

Jihad Akbar
Dia seorang Muslim. Namun berpaling tadah. Bukan sahaja murtad daripada agama Allah ini malah membantu tentera kuffar menjajah negara Islam. Malah dilantik sebagai hakim yang menjatuhkan hukuman mati kepada para Mujahideen. Siapakah dia dan bagaimanakah kesudahan hidupnya?

Tanah Serendah Sekebun Bunga c05
Indahnya Bahasa Kelate bila ditambahkan imbuhan. Anda biasa dengar perkataan ‘manih’? Maknanya ialah ‘manis’ tapi bagaimana pula jika disebut ‘manih lleting’? Bagaimana pula dengan ‘lembik ttiyek’ dan ‘keghah kekong’?

Kamen Rider Blade
Tiba-tiba pulak Kamen Rider (Masked Rider) muncul dalam IBRAHzine. Biar Betul! Apa yang si Blade ni nak?
**Masked Rider Blade tiada kena-mengena dengan nama hiddenblade. Harap maklum**

Related Posts with Thumbnails
  • Print
  • PDF
  • Twitter
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay
  • RSS
  • Technorati
  • Add to favorites
  • email
  • FriendFeed
  • MySpace
  • Ping.fm
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • LinkedIn
  • Live
Share This Post