Assalamualaikum…
Saya tidak tahui adakah perkara ini telah dibincangkan di mana-mana blog/forum/email ataupun belum. Saya tiada masa nak buat research untuk cari posting-posting lama. Cuma apa yang perlu saya buat ialah ambil berat perkara ini dan sebarkan supaya kita akan sedar betapa kreatifnya pendokong agama lain ambil kesempatan daripada kecuaian kita.

!!!!!!!!!!!!!!
Sebenar, cerita ini bermula begini:
Pagi ni saya terdetik nak tengok blog admin IBRAHzine.com ini, Lifutushi yang lama iaitu http://lifutushi.blogpsot.com/ . Setelah menaip URL dan tekan ENTER, yang keluar bukan blog Laugh with Lifutushi tetapi laman web Bahasa Inggeris yang bertajuk ‘Mega Site of Bible Studies and Information.” Takkanlah keluar yang ni? Saya tengok balik URL dia, memang ejaan lifutushi tu betul. Tak tersalah lagi.
Saya perkara yang bermain di kepada saya ialah kemungkinan blog Lifutushi telah kena hack oleh missionary Christian. Apatah lagi beliau sendiri sudah lama tidak update blog tersebut kerana telah ada blog baru, vis-a-vision dan tapok kaki. Hairan juga kerana selalunya produk google tinggi security dia. Baru saya nak sms kepada Lifutushi, baru terperasan sebenarnya tersalah URL!! Bukan ejaan ‘lifutushi’ yang salah tetapi ‘blogspot’ telah ditaip sebagai ‘blogpsot’!
Ini dia screenshot laman web tersebut:

Ni dia blog laman yang ambil kesempatan tu...
Tengok, bukan main licik dia kenakan orang yang cuai macam saya. Seperti kata penulis buku 404 Secrets, Jason Dinner “Make Money form Error Pages”. Cuma yang ni bukan cari duit tapi cari pengaruh dan penganut.
Bila diselidik domain dia, ini hasilnya:
Domain Name: BLOGPSOT.COM
Registrar: CHEAPIES.COM INC.
Whois Server: whois.cheapies.com
Referral URL: http://www.cheapies.com
Name Server: NS1.EBIBLEONLINE.COM
Name Server: NS5.DNSMADEEASY.COM
Name Server: NS6.DNSMADEEASY.COM
Name Server: NS7.DNSMADEEASY.COM
Status: clientTransferProhibited
Updated Date: 03-apr-2008
Creation Date: 27-oct-2002
Expiration Date: 27-oct-2014
Mungkin benda ni dah ada orang tulis dan dah tersebar sebelum ini, tapi tak sampai ke telinga saya. Mengkin juga benda ini telah tersebar luas melalui sebaran email. Tapi saya tak berminat langsung dengan email-email forward dan terlepas pandang. Bagi yang nak berkongsi maklumat dengan kawan-kawan atau sesiapa sahaja boleh klik butang ‘Kongsi Ilmu’ kat bawah ni.
Salam tengahari dari,
MOHD AMIRUDDIN BIN ABDULLAH
Zil-el-Saif
http://www.ibrahzine.com/















11 ResponsesLeave a comment ?
salam…
first time dengar/baca ni….
blog terakhir rahmanw >> teksi-teksi seantero dunia
slmt tgh hari..
prnh jg org bgtahu.. tp xtringt sy nk sebar2kan.. inshaAllah, prkara baik buruk kita khabarkn spy org thu baik bruk kesnnya..
syukran ats artikel ini..
salam
oh, saya memang berkali-kali dah termasuk dalam web tuh. memang betul kalau tersalah taip blogspot kepada “blogpsot” atau “blospot” atau “blogpot” juga akan keluar benda ni.. tapi saya tak amik peduli la…
blog terakhir Wardatul Shaukah >> Masihkah ada ruang Cinta untukku?
Salamu’alaykum..
hm..bru ana taw psl ni..
ta sngka mcm2 idea org luar yg na cube maen trik kotor mcm ni..
nau’uzbillah..! hrp ta trjadi lg pd ana..
(ni msty kne cube dlu..kot2 kne jg..)
ap2 pn syukran jaziilan~
blog terakhir ???? ???? >> Isu Niqab Di Mesir..
“Dan orang Yahudi & Nasrani tidak akan rela kepada mu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, ‘Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya).’ Dan jika engkau mengikuti keinganan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepada mu, tidak akan ada bagi mu pelindung dan penolong dari Allah.”
(Al Baqarah, 120).
Cara diorang senang jer
Beli domain blogpsot.com
pastu redirect semua subdomain ke ‘Mega Site of Bible Studies and Information.”
jadi tak kisahlah apa pun yang kita taip
kucing.blogpsot.com
siput.blogpsot.com
ntahapahapapunkorangtulis.blogpsot.com
aslaakan .blogpsot.com
akan sampai ke web tu
p/s: baru jumpa – nama blogpot.com pun milik diorang gak
stategi!
waaa…. dah la bertahun tak jenguk lifutushi.blogspot.com tuh, terbaca yang ni terkejut gak…
nasib baik sebab typo jer…
fuh lego…
blog terakhir lifutushi >> Shichi
takkanlah blog programmer MIMOS pun kena hack…
boleh dikatakan byk kes bekas blog org yg ditinggalkan jadi mcm tue.
Ramai member blogger kena tue… munkin program default blogspot kot…ntahlah
salam,
yup, saya pun pernah buka laman blogspot sahabat saya, dan keluar laman bible, etc
bila saya check, saya taip blogpot bukan blogspot, nama sahabat tu dah betul,
blog terakhir Syahidah >> Program Realiti Terbaik!
rasanya tak kot
pasal semua orang leh register domain tu
rugi tak rebut peluang…
blog terakhir Zil-el-Saif >> IzForum Kembali Bernafas