Kali ni kita belajar guna Flash pulak. Adobe Flash (dulu dikenali sebagai Macromedia Flash) adalah perisian untuk membuat animasi interaktif. Jadi di IBRAHzine ni, mari kita belajar animasi menggunakan Flash dari asas.
Tutorial pertama, cukup mudah iaitu membuat pergerakan asas seperti ini:

Motion Tween

Pilih Oval Tool (atau mana-mana bentuk yang kita suka)

Lukiskan bentuk bulat

Right-click pada frame ke-25 dan pilih Insert Keyframe

Pilih Arrow Tool

Tarik (drag) bulatan tadi ke tempat lain

Right click pada mana-mana frame di antara frame-1 dan frame-25, pilih Create Motion Tween

Right-click pada frame-25 dan pilih Create Motion Tween
Animasi pergerakan mudah kita sudah siap! Tekan Ctrl+Enter untuk melihat hasilnya















0 ResponsesLeave a comment ?