Dalam ~5~ Tutorial , ~~ Photoshop / Tag: lifutushi, ~5~ Tutorial, ~~ Photoshop /
Ramai antara kita suka mengambil gambar pemandangan. Kadang-kadang bila dapat satu gambar yang cukup cantik, cuaca yang cerah, pohon yang menghijau, langit yang biru dan lain-lain, terasa macam nak tambah pelangi je kan? Haa… tak payah susah-susah tunggu pelangi muncul, kita tambah sendiri pelangi guna photoshop. Mari kita sama-sama belajar macamana nak buat.
(Sila melukis dengan iringan lagu ‘Allahyarham Sudirman – Pelangi Petang’ :p )
1) Mula-mula kita buka mana-mana gambar yang hendak ditambah pelangi. Tidak semestinya pemandangan, tapiboleh juga lukis pelangi tu keluar dari tapak tangan ke, keluar dari lampu ajaib ke, atau apa-apa saja yang sesuai mengikut kreativiti masing-masing.
2) Buat satu Layer baru, dan namakan Layer itu pelangi
3) Kemudian pilih Gradient Tool
4) Kemudian untuk mendapatkan Gradient pelangi, klik pada icon kepala kecil pada pallette tersebut
5) Pilih Special Effects
6) Pilih Gradient yang mempunyai warna-warna pelangi, biasanya diletakkan di hujung sekali
7) Dan jangan lupa untuk memilih Radial Gradient untuk mendapatkan pelangi yang melengkung
Lukis satu garisan Gradient melintasi gambar. Kita boleh mencuba sudut atau arah berlainan, bergantung kepada gambar yang kita gunakan
9) Jika Gradient tadi menghasilkan effect sebegini, maka kita berada di landasan yang betul
10) Untuk menjadikan pelangi tersebut lebih ‘real’, kita tukar Blending Option untuk Layer pelangi tersebut menjadi Screen
11) Kita kaburkan lagi pelangi dengan Filter>Blur>Gaussian Blur
12) Pilih nilai Gaussian Blur yang dirasakan sesuai mengikut pandangan mata kita
13) Dah siap? Kita tambah pula Vector Mask untuk menhilangkan bahagian bawah pelangi (kita tak mahu pelangi yang mencium tanah)
14) Pilih Gradient Tool dengan pilihan Foreground to Background dan Linear Gradient
15) Lukis satu garis Gradient dari bawah ke atas
16) Sekarang, kita nak duplicate Layer pelangi dengan cara drag layer tu ke atas icon New Layer ataupun tekan Ctrl+J
17) Kurangkan Opacity untuk layer pelangi copy supaya pelangi anda tidak terlalu terang (tapi tidak juga terlalu pudar)
18) Kemudian, kita duplicate pula layer pelangi copy
19) Kalau kita perasan, pelangi tidak pernah muncul sendirian, jadi kita tarik layer pelangi copy 2 tersebut ke sebelah kiri, untuk menjadikannya ‘pasangan’ kepada pelangi asal
20) Pelangi kedua seharusnya lebih kabur berbanding pelangi pertama, jadi kita gunakan Gaussian Blur untuk kaburkan dan selerakkan pelangi kedua tersebut
21) Penat? sikit saja lagi
. Sekarang kita hendak kumpulkan dua layer pelangi pertama tadi bersama-sama. Highlight layer pelangi dan pelangi copy menggunakan sama ada butang Ctrl atau Shift. Pilih Menu Layer>Group Layers atau tekan Ctrl+G
22) Seterusnya kita tambah Vector Mask untuk Group 1
23) Pilih Brush Tool
24) Menggunakan Brush Tool, buang bahagian-bahagian pelangi yang tidak seharusnya kelihatan (pada gambar ini adalah di atas pokok dan air laut)
Yaaa!!! Akhirnya pelangi kita sudah siap! Selamat Mencuba!









































2 ResponsesLeave a comment ?
Salam. Subhanallah, kire na utsukushi.. Mcm yg betul. Terel2.
ha2 org yg xmahir adobe cm sy dpt tgk je la.. still blh faham step2 yg diberi.. ap2 pun, cun gk.. di smping menmbah ilmu..
syukran kasira..