
Si Angsa Yang Bising
Assalamualaikum…
Kali ini saya nak bercerita pasal sejenis haiwan berkaki dua dan berbulu pelepah. Kepalanya sentiasa menjulang megah kerana leher yang jinjang dan ramping. Nama haiwan ini adalah ‘angsa’ yang kadang-kadang boleh disebut ‘unser’. Haiwan segak ni sangat bising bila ternampak apa-apa yang mencurigakan. Tak kira manusia, kucing, ular mahupun anjing. Satu jer yang angsa dok diam bila ternampak, babi! Mungkin sebab babi tu haram kot..
Sebenarnya ada seorang jiran saya kehilangan angsa peliharaannya bila dimakan oleh babi. Patut la takut semacam ….
Saya bukan nak ceritakan tentang saga sengketa antara angsa dan babi. Jauh sekali nak memberikan judgement siapa yang bersalah. Saya cuma nak menceritakan satu peristiwa yang mana masih belum terjawab. Kisah antara saya dan angsa; dua ekor angsa kesanyangan yang dibeli awal Ramadhan dahulu.
Kedua-dua angsa ni (sekor jantan sekor betina) sangat bising bila tengok tuan dia. Bila bagi makanan yang betina cepat-cepat makan sambil membuat bising. Berlainan dengan angsa jantan yang tak lorat nak makan sebaliknya cuba menggigit tangan tuan dia (menggigit! bukan mematuk). Biasanya dengan cuba menggosok lehernya baru dia tak gigit.
Apa yang anehnya ialah angsa-angsa yang sangat bising tu akan terdiam bila saya tunjukkan sebuah buku tulis berwarna oren. Satu masa secara tak sengaja saja terbawa buku tu (yang digunakan untuk menulis diea buat eBuku). Bila ternampak saja buku oren terseubt dekat ngan diroang, angsa-angsa tu berpaling ke arah lain dan menjelir lidah seperti sakit tekak. bukan sekali dua malah setiap kali ada buku oren tu akan buat macam tu. Sehingga kini saya tak pasti perlakuan tersebut kerana ia sebuah buku atau warna oren. Tak pernah cuba buku lain. Kalau kayu atau penyapu diorang akan lairi sahaja; tak tunjuk perangai pelik lagu tu.
Sahabat-sahabat yang ada pengalaman mungkin boleh bantu beri penjelasan tentang perkara ini. Saya masih lagi tertanya-tanya dan tentu akan terus tertanya-tanya…

Buku Oren yang menjadi Mimpi Ngeri Angsa















Comments are closed.