Assalamualaikum…

Antara lagu kegemaran saya semasa di matrik (Tahun 1999-2000)  dahulu ialah lagu-lagu daripada album Cinta Rasul nyanyian Haddad Alwi dan Sulis yang dilatarai suara comel anak-anak kecil Indonesia. Saya sangat suka nada suara Sulis yang tinggi dan Haddad yang jelas dan tenang. Antara lagu yang saya paling suka ialah Ya Thoybah, Sidna al-Nabiy dan Ummi.

Album Ummi adalah video clip original pertama (dan satu-satunya) yang pernah saya beli. Kalau kaset original cuma pernah beli Cinta Rasul 1, Untukmu Teman (The Brothers) dan album pertama kumpulan In-Team (sebab kawan yang nyanyi lagu tu). Tu jer sebab saya bukan minat sangat dengar lagu moden. Lebih suka dengar nasyid Nadamurni dan lagu-lagu dikir.

Ok, berbalik kepada lagu Ya Thoybah tadi. Ni dia video nyanyian budak-budak tu.

Sulistyowati - Ya Thoybah

Sulistyowati - Ya Thoybah

Sambil-sambil saya buat kerja tadi, Ketua Pemuda P membuka lagu MP3 dalam henset dia. Biasalah lagu-lagu dikir penghilang kesunyian. Sampai satu lagi, tiba-tiba saya rasa nostalgik. Teringat sahabat-sahabat sebilik di matrik dulu yang sama-sama suka mendengar lagu itu. Lagu Ya Thoybah, tapi agak lain sikit. Suara yang lebih matang dan irama yang lebih mendayu. Saya pasti ia masih suara Sulis yang telah sekian lama saya tak dengar. Saya layari YouTube untuk mencari lagu tersebut…. dan memang benar, masih lagi dinyanyikan oleh Sulis. Suara makin mantap. Cuma beberapa sebutannya tak kena dari segi Arab Fusha (mungkin ikut sebutan tok gurunya, Haddad Alwi yang berasal dari Iran.) . Video clipnya juga agak artistic. Jarang sekali saya sudi menyimpan video clip nasyid dalam komputer kerana kebanyakkan membosankan, agak stereotype; kecuali kumpulan Far-East yang pelbagai. Namun mungkin video Ya Thoybah ini akan saya simpan.

MOHD AMIRUDDIN BIN ABDULLAH

Zil-el-Saif

Related Posts with Thumbnails
  • Print
  • PDF
  • Twitter
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay
  • RSS
  • Technorati
  • Add to favorites
  • email
  • FriendFeed
  • MySpace
  • Ping.fm
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • LinkedIn
  • Live
Share This Post