Senyum IBRAHziner

Assalamualaikum..

Saya baru saja berdaftar ngan satu komuniti blogger. Geng Blogger nama dia. Sebenarnya saya tak biasa pun benda-benda macam ni. Tapi itu keperluan untuk bermain blog zaman sekarang. Saya terpaksa menjerumuskan diri ke dalam social bookmarking. masuk facebook, buat twitter (yang jarang update), rajin bukak YM (selalu invisible …).

Saya dan IBRAHzine = Saya dan dakwah online.

Dakwah online memerlukan traffik.

Traffik = link dari luar + bookmark.

Link dari luar = iklan + tukar2 link + laman2 sosial + SPAM eMail.

Jadi saya nak dapatkan traffik saya perlu bersama orang ramai. Dakwah tak boleh sorang-sorang. Untuk diri sendiri bukan dakwah tu, itu muhasabah. Nak berdakwah kena tempat orang ramai. Saya nak berdakwah melalui majalah, melalui kartun saya perlu membuatkan ramai orang baca kartun saya, baca majalah saya. Dan bila saya jumpa Geng Blogger, saya anggap itu satu peluang. Satu peluang untuk mendapatkan traffik.

Memang kat situ banyak benda tidak halal. Banyak gossip (fitnah) artis, banyak blog entry yang tak menepati syariat. Banyak benda mengarut. Tapi di situ ada sesuatu yang saya cari , MAD’U. Saya nak mendapatkan seberapa ramai sasaran dakwah. Dalam beribu blogger kat situ, saya percaya dalam ramai-ramai tu takkanlah takde sorang pun sudi baca blog saya. Takkan takde sorang pun yang berniat nak download majalah IBRAHzine.

Apa yang penting.. TERUS USAHA!!

Related Posts with Thumbnails
  • Print
  • PDF
  • Twitter
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay
  • RSS
  • Technorati
  • Add to favorites
  • email
  • FriendFeed
  • MySpace
  • Ping.fm
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • LinkedIn
  • Live
Share This Post