2010-01-03
Dalam ~1~ Khabar Dari IBRAHzine / Tag: saif, talk /
Assalamualaikum…
Saya suka melukis! Saya suka buat sajak! Saya suka berpantun! Saya suka menulis!
Tapi saya juga suka baca karya orang lain. Saya boleh siapkan Majalah IBRAHzine seorang diri, tapi tentunya agak lambat kerana bersendirian. Saya memerlukan karya orang lain untuk bersama saya.
Tentu best kalau ramai yang hantar sumbangan karya untuk majalah ni. Mesti lebih meriah dengan pelbagai ragam, bukan monotonous karya Zil-el-Saif sahaja.
Bagi yang berminat menulis artikel atau cerpen, hantarkan karya anda. Bagi yang suka lukis kartun, YES! Kita serupa; hantarkan juga karya anda. Bagi yang ada bakat lain, boleh tonjolkan kebolehan dan ketereran sendiri.
….
Tahukah anda bahawa IBRAHzine keluaran akan datang adalah keluaran ke-19? Bila ia keluar? InsyaAllah bulan ini juga (dah tak berani bagi tarikh). Jika anda orang yang kreatif dan mahu nama anda (SERTA BLOG ANDA) tersiar dalam majalah IBRAHzine, jangan malu-malu untuk menyertai IBRAHzine v019.
Hantarkan karya kebanggaan anda kepada editor(at)ibrahzine(titik)com!
















10 ResponsesLeave a comment ?