| Post |
|
Ketua Jajahan | Zil-el-Saif DUN Gual Ipoh 16:31 11/11/2009
posts 78 |
|
|
Assalamualaikum…
Ini dia arkib topik berbalas pantun yang dimulakan oleh dr. feelbetter di IBRAHzine v5 dahulu. Jom sama-sama menyambung pantun ini dan menyegarkan minda yang kusut. (p/s: nama dalam kurungan ialah pemantun asal sebelum dipindahkan ke sini. Nama yang diringkaskan : dr. = dr. feelbetter, saif =Zil-el-Saif, hime = Puteri_Jiwa, namhar = namharnimsak, L = Lifutushi) 
—————————————-
(dr.) sebutir beras dibuang orang dikutip mak midah kerana kasihan rupa paras bukanlah ukuran akhlak yang indah itulah pilihan
(saif) beras dikutip dibuang lagi kerna si beras memakan diri walau amal menggunung tinggi tak setanding rahmat ilahi
(saif) beras ditimang di hujung jari untuk disemai di pasu melati tak kira doktor atau puteri nasihat ini semaikan di hati
(hime) nasihat ini semaikan di hati untuk menjadi pendinding diri sama-samalah kita nasihat menasihati itulah asas ukhuwah ini
(namhar) enak-enak menampi padi datang ribut tampi melayang puas sudah Rabbi memberi tamak insan tak pernah hilang
(saif) terbang helang di angkasa sana terbang aku hanya igauan yang dinasihati jangan dihina yang menasihati ambil pengajaran
|
~~ Journey Thru The Decade ~~
|
|
|
Ketua Jajahan | Zil-el-Saif DUN Gual Ipoh 16:34 11/11/2009
posts 78 |
|
|
Post edited 08:44 – 11/11/2009 by Zil-el-Saif
(namhar) padi pulut ditampi-tampi pipit datang menyambar padi hidup jangan sekadar bermimpi bagai bunga kembang tak jadi
(citi) Dihinggap api habis rentung Kayu alang atapnya ijuk Buah hati pengarang jantung Kalau meradang payah dipujuk
(saif) Diturut-turut si hingga ke tanjung Dibisik sekali senyumlah serinya Dipujuk-pujuk dia memuncung Disekeh sekali hilanglah rajuknya
(citi) Hijau nampaknya Bukit Barisan Puncak Tanggamus dengan Singgalang Terbang nyawa dari badan Kasih di hati takkan hilang
(saif) Berani aku berlari Kecewa tak terdaya Takkan hilang kasih di hati selagi mana Allah dipuja
(dr.) terbang ke barat si burung garuda singgah sebentar di danau toba betapa sarat rindu di dada kanda dipuja tak kunjung tiba
ada lagi bawah ni…
|
~~ Journey Thru The Decade ~~
|
|
|
Ketua Jajahan | Zil-el-Saif DUN Gual Ipoh 16:37 11/11/2009
posts 78 |
|
|
(citi) Buah Cempedak di luar pagar Ambik galak tolong jolokkan Saya budak baru belajar Kalau salah tolong tunjukkan
(dr.) buah betik masak merah… anak kucing dalam perahu.. pipi citi nampak merah.. sapa puji saya tak tahu…
(citi) Dua tiga kucing berlari Manakan sama kucing belang Dua tiga boleh kucari Manakan sama doktor seorang
(namhar) dari sawah si punai terbang dengan pantas diserkap pemburu enak-enak berborak dua orang saya di sini terasa cemburu
(citi) Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung; Hati terkenang mulut tersebut, Budi yang baik rasa nak junjung.
(dr.) pokok kiambang dan pokok beluru orang bersembang pun awak cemburu ??
(dr.) melulu ke pintu mencari penanya cemburu itu memang tiada gunanya..
|
~~ Journey Thru The Decade ~~
|
|
|
Ketua Jajahan | Zil-el-Saif DUN Gual Ipoh 16:40 11/11/2009
posts 78 |
|
|
(citi) Tikus berangan menjadi singa Asah senjata atas beras Gamat kompang perit telinga Air mata mengalir deras
(namhar) jalan-jalan mencari pauh jangan sampai masa terbuang bukan saye beria sungguh hanya sekadar memenuh ruang
(namhar) berlari kijang kerna diburu panah menyusup tiada mata memang sakit erti cemburu menukar hati menjadi buta
(saif) Aku nak make mung jange ghoyak bakpo aku sene? pasal IZ v014 doh siap
(namhar) Pergi masjid lengkap berketayap Jatuh tergolek melanggar kendi meski ia telah pun siap namun jihad untuk Ilahi belum terhenti
(citi) Pergi mendaki Gunung Daik Hendak menjerat kancil dan rusa Bergotong-royong amalan yang baik Elok diamalkan setiap masa
(dr.) berlari kijang kerna diburu lari sembunyi di pohon nangka hentikan lah sayang rasa cemburu… mari kita berbaik sangka….ewwaaah
|
~~ Journey Thru The Decade ~~
|
|
|
Ketua Jajahan | Zil-el-Saif DUN Gual Ipoh 16:47 11/11/2009
posts 78 |
|
|
(dr.) sebilah kapak warnanya merah disimpan rohana dalam perahu luka di kaki nampak berdarah luka di hati camana nak tahu ??
(namhar) pergi memetik teratai merah hati-hati kiambang bertaut luka di hati jangan berbarah bimbang dendam mula berpaut
(namhar) setelah dapat teratai merah segera masukkan dalam perahu bila hati luka berdarah dari tutur kata pun kan kita tahu
(saif) harum mewangi sinar menyerlah namun tak mampu menutup tangisan mengapa bumi dipenuhi darah? kerana itu tanda keikhlasan
(citi) Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan; Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan.
(dr.) ni pantun Dr utk namhar.. pergi sempadan mencari buah dalam perigi buah kepayang memang badan jenis bertuah kemana pergi ada je yang sayang
(dr.) ni utk zil.. makcik saodah dan mak cik Bedah mana satu yang tangan panjang grad sudah kerja pun sudah sampai bila nak hidup bujang ?
(dr.) ni pantun istimewa untuk citi… anak nyonya membawa parang.. bawa parang anak raja ke ? apa pekdah Dr nak intai orang… dah tak keja nak buat ke ? 
|
~~ Journey Thru The Decade ~~
|
|
|
Ketua Jajahan | Zil-el-Saif DUN Gual Ipoh 16:52 11/11/2009
posts 78 |
|
|
(saif) balasan utk pantun dr. Indah pelangi tak mampu dipegang Indah fajar kemerah-merahan sampai bila nak hidup bujang? jodoh pertemuan di tangan Tuhan
(namhar) balasan utk dr. Air dituang di dalam baldi bila direnung ternampak bayang jika hidup pandai berbudi tidak mustahil ada yang sayang
(namhar) balas cket utk zil (T-T).. Terbit fajar, hilanglah bulan Tiba mendung menutup mentari Benar jodoh di tangan Tuhan Tak datang kalau tak dicari
(saif) balas utk namhar dua tiga kucing meniti mana nak sama si rama-rama biru datang dan pergi aku perhati nak tangkap yang mana masih keliru
(dr.) keh…keh…keh… makan pengat dihujung dahan pengat labu hamba berikan susah sangat buat pilihan suruh je ibu tolong carikan tak pun meh Dr rekomenkan….letak je ciri-ciri camana….ngehehehe
(namhar) sungguh comel puyuh berlari lari mengikut barisan pinang hati ini sedih nak pergi untuk meninggalkan semua yang tersayang
(namhar) bara memerah di dalam dupa bara asal buah berangan sahabat semua entah bila kan jumpa hilang di mata di hati jangan
|
~~ Journey Thru The Decade ~~
|
|
|
Ketua Jajahan | Zil-el-Saif DUN Gual Ipoh 16:56 11/11/2009
posts 78 |
|
|
(saif) balasn utk dr. sarang lebah tinggi begitu namun tak sampai tangan dihulur hamba hargai pertolongan itu namun err…..
(saif) balasan utk namhar hati sedih hingga begini meninggalkan teman handai sejati jangan dibuang kenangan ini dilipat-lipat simpan di hati
(dr.) sungguh santun anak pak agus semua pantun memang bagus
(dr.) pecah kaca pecah gelas.. hamba dah baca, lainkali hamba balas….
(saif) pecah kaca pecah gelas pecah satu hamba ganti sebelas
(dr.) waaah….melawan ye ! pecah kaca pecah gelas .. kalo dah pecah tak pe le…watper nak balas ? yang gantinya sebelas tak sama yang pecahnya satu tu…huhuhu
(saif) pecah kaca pecahlah kelas kerana gelas itu kaca memang satu tak sama sebelas namun keikhlasan lebih utama
|
~~ Journey Thru The Decade ~~
|
|
|
Ketua Jajahan | Zil-el-Saif DUN Gual Ipoh 16:58 11/11/2009
posts 78 |
|
|
(dr.) pecah kaca sama ke dengan pecah gelas… tak pa lah saya terima, sebab awak kata ikhlas…
(saif) panjang ku tulis tidak terbaca panjang kurenung tidak terkata tak payah susahkan gelas atau kaca caknalah Palestin, saudara kita
(dr.) sungguh pemalu si berkaca mata itulah siti adik si suraya aduh malu tidak terkata sampai hati sindir saya ya
(saif) dilepaskan meo bertindak melulu ditangkap pula rasa kasihan tak perlu malu kerana malu ia kan sebahagian daripada iman
(dr.) hitam manis kulit zaharah manis di mata di jiwa pun indah gaza menangis airmata dan darah.. jihad kita di manakah sudah ?
(saif) bertapak di bumi lumrah kita bertapak di kepala kurang ajar namanya kalau tak mampu mengangkat senjata buatlah yang termampu sedaya-upaya
|
~~ Journey Thru The Decade ~~
|
|
|
Ketua Jajahan | Zil-el-Saif DUN Gual Ipoh 17:02 11/11/2009
posts 78 |
|
|
(saif) angan dan sedar silih berganti tak sedar lagi apa nak jadi bukan niat nak sakitkan hati nak geletek hati sehingga geli
(dr.) hohoho….lucu ni…jual pantun beli sendiri…mana nak untung ? mak cik siti berkaca mata cantik alahai tergoda rasanya sakit hati tidak terkata selipar ku pakai putus talinya
(dr.) makan lodeh bersama marina lodeh dimasak oleh si nana jiwa ku sedih hatiku merana penawarnya hilang entah di mana
(saif) menggaru pipi hingga kemerahan menggaru kepala sambil bercakap putus selipar mampu kutahan putus tali perut tak mampu terlelap
(saif) berulang kupeluk tidak tertangkap akhirnya kubungkus takkan ke mana janganlah malas mencipta rangkap hingga semuanya berakhir 'na.na.na'
(hime) Memilih permata antara kaca Hati tuan mestilah jujur Biar pun besar dugaan yang melanda Tak akan sekali diri ini undur
(L) hati tuan mestilah jujur di dalam gelap menjadi sinaran takkan sekali diri undur langkah tetap menuju ke depan
(dr.) eh tak betol ke pantun hamba…nampak malas ke ?….tafsiran yang kejam hamba rasa…. pipi ditampar oleh saripah kerana malas turun ke sawah putus selipar diganti terompah putus tali perut jawabnya arwah 
|
~~ Journey Thru The Decade ~~
|
|
|
Ketua Jajahan | Zil-el-Saif DUN Gual Ipoh 17:04 11/11/2009
posts 78 |
|
|
(saif) dari jauh terlihat lambaian namun masih tak nampak tuannya kejamkah hamba melontar andaian perlu muhasabah di mana silapnya
(dr.) buah nangka daun halia dari seberang sebagai upahan baik sangka amalan mulia disuka orang di sayang tuhan
(namhar) nangka masak eloklah dipetik kuat baunya jika disimpan alangkah elok bersangka baik namun hati sentiasa diragukan syaitan
(dr.) malam kelam pasang pelita biarpun diluar bulan mengambang tuan menghilang tanpa berita saya resah bercampur bimbang
(namhar) cantik sungguh api pelita menjadi bahaya pabila alpa telah dia memberi berita entah cik puan sendiri terlupa
(dr.) Anak si omar cantik jelita, Nurul atikah nama diberikan kalau benar menitip berita Gerangan siapakah yang tuan maksudkan ?
|
~~ Journey Thru The Decade ~~
|
|
|
Ketua Jajahan | Zil-el-Saif DUN Gual Ipoh 17:06 11/11/2009
posts 78 |
|
|
(namhar) mari petik buah kelape takde sesape
(hime) Kait berkait akar beringin, Di situ banyak ular melata; Hendak ku khabarkan kepada angin, Angin tidak tahu berkata.
Where the roots of trees weave in, There serpents sleep, do not peek; Try as I might tell it to the wind, Alas, the mightly wind cannot speak.
(Warisnya Kalbu, Sri Rahayu Yusof)
(L) caress the breeze amongst the teak rhyme the chirp amongst the slumber lest the wind may not speak chime your heart, it may whisper
(Tilmiz) Burung Murai Burung Gagak Syok nya Korang Nak pantun Gak
(namhar) anak dara jalan bersantun silakanlah berpantun
(saif) Balas pantun cepat-cepat agar tidak ditinggalkan puteri di arena pantun kita bersilat Jaga langkah dan gerak tari
|
~~ Journey Thru The Decade ~~
|
|
|
Ketua Jajahan | Zil-el-Saif DUN Gual Ipoh 17:08 11/11/2009
posts 78 |
|
|
(Tilmiz) Jaga langkah dan gerak tari jadi rujukan idaman suri wahai tuan yangh bijak bistari apa kah rahsia wajah berseri
(L) Apakah rahsia wajah berseri Selalu lah pakai fair&lovely!
Eh, silap pulak aku taruk Selalu lah basahkan dengan wudhu'
(matasura) buah cempedak di luar pagar amik galah tolong tunjukkan saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan..
(L) sebab kau baru belajar meh la aku tunjukkan kenapa diTUNJUK cempedak luar pagar? kenapa tak diJOLOKkan?
(matasura) terima kasih daun keladi.. sehingga kita berjumpa lagiii…
(hime) The wind blew the tree, The rain started to fall from the sky; Don't pretend that you are happy, Your smile didn't reach your eyes.
|
~~ Journey Thru The Decade ~~
|
|
|
Ketua Jajahan | Zil-el-Saif DUN Gual Ipoh 17:10 11/11/2009
posts 78 |
|
|
(saif) Should we have gut Forget what she says Tears from the heart Smile on the face
(hime) Should you have gut To forget what she says Try as you might The truth still prevails.
(L) I had some gut I forgot what she said Tried as i might By the truth i stayed
(matasura) Enid Blyton I am not, So I cannot write alot, But the word… "Have trust in heart", seems so short,but definitely means a lot…
(dr.) apa plak pantun omputeh ni…GRRRRr…menci… i have a pen my pen is blue i have a boyfriend my boyfren is blue kah kah kah.. padan muka angpa
|
~~ Journey Thru The Decade ~~
|
|
|
Ketua Jajahan | Zil-el-Saif DUN Gual Ipoh 17:12 11/11/2009
posts 78 |
|
|
(hime) Cincin emas diikat permata Cantik di jari menjadi hiasan Jika emas nilaian harta Ilmu dan budi nilainya insan
(dr.) leka bergalah menjolok bidara bidara ditanam di taman Pak Denan andai tersalah kata bicara jari ku susun pohon keampunan
(hime) Ingin hati menggapai awan Awan putih bagaikan salju Usah diturut hati yang rawan Biarlah hanya Tuhan yang tahu
Duduk di kali menata hati Sepoi angin menyapa pipi Pasakkan Allah di dalam hati Dikau pasti tak akan sepi
(matasura) bayi kecil tidur selesa bila terjaga usah diramal sabtu ini mula berpuasa bersama kita tingkatkan amal…
(dr.) Pergi ke Medan dgn bang jamal membawa pulang bunga seroja bulan ramadhan bulan beramal jangan asyik nak tido saja
|
~~ Journey Thru The Decade ~~
|
|
|
Ketua Jajahan | Zil-el-Saif DUN Gual Ipoh 17:14 11/11/2009
posts 78 |
|
|
(saif) Pantun yang dikarang untuk majlis perasmian penutup silat pulut baru-baru ini:
Gerak-geri lincah kelihatan Kemas disusun mengatur langkah Membina kekuatan dari persilatan Kepada Allah jiwa diserah
Teguh jiwa santun berbudi Iman di hati paping berharga Menumpas lawan berlandas seni Melindungi diri dan ahli keluarga
Gerak tangkas tidak terkira Agar lawan dapat dijatuhkan Budaya Melayu suburkan semula Jatidiri bangsa kita pertahankan
(namhar) mengidam lagi isteri si abang Jamal kali ni teringin nak buah kelapa bulan ramadan bulan beramal bukan setakat berbuka apa
(hime) Mengambil air dari perigi Timba ditarik berhati-hati Ramadhan makin berlalu pergi Bagaimana iman di hati?
(saif) Menarik timba hingga terleka Tak sedar matahari makin meninggi Iman di hati sukar diteka Muhasabah diri kenali hati
(hime) Carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua; Kenapa nak dicarik bulu ayam, bukankah menganiaya namanya?
(syikeen) Leman suka merayau ke sana sini, Alia menjerit nampak tangan di singki; Kita baru mai sini, Boleh kita join sekali?
|
~~ Journey Thru The Decade ~~
|
|
|
Ketua Jajahan | Zil-el-Saif DUN Gual Ipoh 17:15 11/11/2009
posts 78 |
|
|
(saif) balasan utk hime
Carik-carik bulu ayam, Akhirnya bercantum jua; Tak sangak Puteri carik bulu ayam, Bukanke Puteri yang menganiaya?
(saif) balasan utk syikeen
Leman merayau dua tiga kali, Alia menyorok dalam raga; Sila sila kalu nak join sekali, Lagi ramai lagi suka lagi mesra.
(hime) Memukat ikan di dalam paya Ikan tak dapat pukat carik pula Yang mencarik bulu ayam bukan hamba orangnya, mengapakah hamba dituduh sedemikian rupa?
(saif) Pukak ikang dalang paye, Dapak ikang boh dalang rage; Hok tu kkado pendapak saye, Sape hok buwak.. bukang ke…?
(hime) Make roti denga Pok Yo Atah roti dibubuh kayo Meme buke sayo hok wak nayo Pencinta haiwan, itulah sayo
|
~~ Journey Thru The Decade ~~
|
|
|
Ketua Jajahan | Zil-el-Saif DUN Gual Ipoh 17:17 11/11/2009
posts 78 |
|
|
Tak terkata hatiku terharu,
Orang yang santun kejam rupanya;
Berpindah kita ke forum baru,
Tradisi berpantun jangan dilupa.
jom.. balas! balas! 
|
~~ Journey Thru The Decade ~~
|
|
|
Jiran Baru | puteri_jiwa 23:33 11/11/2009
posts 23 |
|
|
ana beli ye..
forum baru lebih ceria
x sabar berjumpa kawan-kawan lama
tradisi berpantun tak kan dilupa
itulah pengikat ukhuwah kita

|
|
|
Penggawa Daerah | Lifutushi 23:39 11/11/2009
posts 41 |
|
|
ingin berjumpa kawan-kawan lama
sunyi menghilang entah ke mana
sessi berpantun masih menyala
sudah membeli, menjual pula
|
|
|
Ketua Jajahan | Zil-el-Saif DUN Gual Ipoh 11:54 12/11/2009
posts 78 |
|
|
UG dan Erdogan diadu domba
Hingga perjuangan kurang bermaya
Membeli menjual tersenyumlah hamba
Kerna IBRAHziner kembali berkarya
|
~~ Journey Thru The Decade ~~
|
|