Current User: Guest Login Register
Please consider registering

Search Forums:


 






Jom Main Pantun (Dipindahkan)

Add a New Topic Reply to Post
Post
Penggawa Daerah

Lifutushi

17:52 12/11/2009

posts 41

pucuk pohon buah pala

pucuk hijau merimbun lebat

sibuk bagai hendak gila

sibuk sampai kurang rehat

Ketua Jajahan

Zil-el-Saif

DUN Gual Ipoh

10:38 14/11/2009

posts 78

Sakit kaki tidak terasa

Sakit mata masuk habuk

Sibuk itu perkara biasa

adakalanya saja menyibuk.

.

Nak jual sekeping pantun:

Hati runsing berteka-teki

Meluah rindu pada Ilahi

Dipijak kaki sakit kaki

Dipijak hati matikah hati?

~~ Journey Thru The Decade ~~

Penggawa Daerah

Lifutushi

10:42 16/11/2009

posts 41

Meluah rindu dengan zikrullah

Dengan alunan penuh sentosa

Membunuh hati bukannya mudah

Hanya mati kelemasan dosa

soleh


Jiran Baru

puteri_jiwa

09:04 23/11/2009

posts 23

Post edited 01:06 – 23/11/2009 by puteri_jiwa


Zikir dialun penuh sentosa

Buat penghidup hati yang mati

Jika hati  dilemasi dosa

Kembalilah kepada Ilahi Rabbi

Penggawa Daerah

Lifutushi

09:55 23/11/2009

posts 41

Siang perut ikan keli

Keli dipancing dalam telaga

Menaip report malas sekali

Menjadi rajin apa petuanya?

Jiran Baru

puteri_jiwa

21:11 23/11/2009

posts 23

Selepas disiang, keli dibasuh guna air paip

Perut ikan jangan dibuang dalam telaga

Jika laporan malas ditaip

Upahlah saja setiausaha muslimah

Penggawa Daerah

Lifutushi

22:53 23/11/2009

posts 41

berkancing suasa warna garang

berlipat lengan ala kebaya

nak upah setiausaha ongkosnya kurang

maklum hamba bukannya kaya


Jiran Baru

puteri_jiwa

12:30 24/11/2009

posts 23

Ikat prahu kemah-kemah

Takut hanyut ko air bah

Kalu x dop pitih mah

Jange la dok wak mallah

solehah

Ketua Jajahan

Zil-el-Saif

DUN Gual Ipoh

15:57 24/11/2009

posts 78

Pitih mah pitih toso

pitih mano laku belako

Lenguh keng tokleh nok ghaso

kkijo kuat untuk kito


Pantun untuk dilelong kembali:


Terang bulan atas awan,

Menyinar bumi teman perjalanan;

jika tak ingin mencari lawan,

Perlukah bersembunyi biar keseorangan?

~~ Journey Thru The Decade ~~

Guest

zero_luna

16:27 24/11/2009

tinggi2 si pohon bemban

tinggi tumbuh di hujung laman

takut berlawan bukan alasan

carilah teman supaya aman

Jiran Baru

puteri_jiwa

18:15 24/11/2009

posts 23

Bintang bersinar menemani bulan,

Sebagai pemandu buat yang berjalan;

 Jika tak ingin mencari lawan,

Jadikan semua sebagai teman.

Penggawa Daerah

Lifutushi

18:54 24/11/2009

posts 41

buang semak ditepi taman

buang kerikil ditengah jalan

yang haq menjadi teman

yang batil jadilah lawan

Itachi

Guest

haikal

17:33 25/11/2009

Lifutushi said:

pucuk pohon buah pala

pucuk hijau merimbun lebat

sibuk bagai hendak gila

sibuk sampai kurang rehat


mulut bisu mata dipejam,

terkena lada ditangan mek Wan,

kalau tahu badan dah macam nak demam,

jangan lupa mai radix secawan!!!

Ketua Jajahan

Zil-el-Saif

DUN Gual Ipoh

09:48 26/11/2009

posts 78

Seri pagi senyum tawa,

Khas buat Haikal Azlan;

Dalam keletihan menggugat jiwa,

Sempat lagi hang nak beriklan.


p/s: haikal, kupiah siapa tertinggal dalam kereta abang masa kat tengganu ari tu? Tanya la orang-orang berkenaan kot-kot nak claim balik.Itachi

~~ Journey Thru The Decade ~~

Guest

haikal

13:56 29/11/2009

makan nasi sambal ulam,

belacan tak der boleh gune budu saje,

tentang kopiah semalam,

si peserta tu la kpunyaan agaknye..

Guest

mumtazah

20:31 29/11/2009

Buah jambu buah oreng

Dibuat air sedap di minum

ini hamba ingin mencadang

template IBZine tukar ke bentuk magazine

Ketua Jajahan

Zil-el-Saif

DUN Gual Ipoh

09:33 30/11/2009

posts 78

Pergi Marang ikut Setiu

Tumpang kereta pakcik Atromen

Pasal cadangan ribuan tengkiu

Akan dibawa ke sidang Parlimensoleh

~~ Journey Thru The Decade ~~

Ketua Jajahan

Zil-el-Saif

DUN Gual Ipoh

09:36 30/11/2009

posts 78

Mencandat sotong bukannya mudah

Apatah lagi kalau tekak kering

Daftar sudah aktif pun sudah

Mengapa tak login buat posting?


p/s: Sesiapa tak login akan diletakkan status 'Guest' dan posting kat forum ni terpaksa diluluskan oleh pihak admin sebelum muncul kat sini. Kalau ada masalah login guna jer 'lupa kata laluan'.

~~ Journey Thru The Decade ~~

Penggawa Daerah

Lifutushi

09:01 03/12/2009

posts 41

Daun lama cuba  dijunjung

Daun baru dibantal riba

Tahun lama tiba dihujung

Tahun baru bakal tiba


Cindai berlipat apakah gerangan

Selimut dijadikan teman malam

Wahai sahabat apakah harapan

Menyambut ketibaan bulan Muharram?


soleh

Ketua Jajahan

Zil-el-Saif

DUN Gual Ipoh

20:15 19/12/2009

posts 78

Hati ditinggal penuh gundah

Dibiar nanti ia membengkak

Sambut Muharam dengan sunnah

Tinggal kita hendak tak hendak


~~ Journey Thru The Decade ~~

Reply to Post


Reply to Topic:
Jom Main Pantun (Dipindahkan)

Guest Name (Required):

Guest Email (Required):

NOTE: New Posts are subject to administrator approval before being displayed

Smileys
topeng soleh Smile Confused Itachi muslimah kecik :fade Frown tkejut Laugh solehah Kiss hauq o Cry green Surprised jalan Cool w Yell muka Wink silt rosli Embarassed fade1 fade2
Post New Reply

Guest URL (required)

Math Required!
What is the sum of:
3 + 11
   



About the Majalah Dakwah Online IBRAHzine.com – Ukhuwwah FilLah di Hati forum

Most Users Ever Online:

10


Currently Online:

3 Guests

Forum Stats:

Groups: 3

Forums: 10

Topics: 30

Posts: 193

Membership:

There are 449 Members

There have been 7 Guests

There are 2 Admins

There are 0 Moderators

Top Posters:

puteri_jiwa – 23

meo188 – 13

namhar – 13

isyqulbaqi – 6

sapik – 2

zero_lunamiko – 2

Administrators: Zil-el-Saif (78 Posts), Lifutushi (41 Posts)