Komik, Kartun, Tutorial Melukis, Poster, Wallpaper Muslim. Ukhuwwah FilLah di Hati

Keputusan Hadiah Tempat Pertama Peraduan “Saya Nak Baju Kelawar AMNI Collections”

Keputusan Hadiah Tempat Pertama Peraduan “Saya Nak Baju Kelawar AMNI Collections”

By Zil-el-SaifMonday - August 15th, 2011Categories: AMNI CollectionsTags:, ,
Share
Pemenang Tempat Pertama Telah Memenangi Baju Kelawar Ini :

 

Siapa punya baju di atas tu? Kita tengok dulu entry beliau kat bawah nie. Oooo.. Rupanya dia… Pemenang hadiah pertama yang berjaya memenangi Baju Kaftan purle di atas serta cenderahati daripada IBRAHzine.com ialah :

Hadiah menarik menjadi rebutan
Baju kelawar menjadi pilihan
 AMNI Collections sudi menajakan
Mudah-mudahan ada kemenangan..:)


 

Saya Nak Baju Kelawar AMNI Collections
7 Ogos 2011
Punai hinggap di atas dahan
Sambil melihat si burung enggang
Inilah dia baju pilihan
Siang malam asyik terkenang..:)
Bakul dibawa oleh si nyonya
Untuk diisi si daun kari
Berlengan panjang ungu warnanya
Ciri idaman yang lama ku cari..:)
Kasih dan sayang kini bersemi
Cinta Uda pada Dara tak lupa
Pilihan dibuat bersama suami
Warna kegemaran kami serupa..:)
Anak dara jalan di titi
Sambil di tangan mengelek raga
Coraknya cantik memikat hati
Warna jingga penyeri juga..:)
Telah ku nyata pilihan jiwa
KOD : 0001 memikat sukma
Warna ungu ciri utama
Bajunya cantik dan indah juga

Kini kau terus mengorak langkah
 terus mendaki hingga ke puncak
dugaan dan cabaran kau tempuh jua
demi merealisasikan sebuah cecita
selok belok perniagaan terus kau selongkari…

Majulah..
 teruslah melangkah ke depan
dengan semangat sebagai pembakar
dengan sokongan sebagai penguat
dengan usaha sebagai pemula
dengan yakin untuk terus melangkah
dengan doa mencari barakah
moga impian tidak selamanya mimpi
moga realiti itu yang pasti…

Kami sahabatmu ini
terus berdoa pada Ilahi
moga perniagaanmu maju sentiasa
moga usaha tiada padamnya
moga keringat sianya tiada
namun andai sesekali ombak melanda
jangan terus berpatah semula
rancang strategi kumpulkan kudrat
idea dijana semangat diiring
bangkit kembali mencari arah
untuk terus melangkah ke depan…

Sekian sahaja entriku persembahkan
Moga kami beroleh kemenangan
Baju kelawar yang kini kuidamkan
Harap impian jadi kenyataan..:)
TAHNIAH untuk PUAN NIDA! @ alongnidar.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Page optimized by WP Minify WordPress Plugin